Senin, 02 April 2012

Menukar fail DOS ke unix

Fail UNIX menggunakan set karakter berlainan pada tamat baris (end of the line) berbanding fail DOS. Dalam persekitaran DOS, fail anda akan kelihatan seperti contoh berikut:

KOD
#!/bin/bash
echo Selamat Datang


Berbeza dengan fail UNIX, karakter ^M akan digunakan sebagai tamat baris seperti ini:

KOD
#!/bin/bash^M
echo Selamat Datang^M


Amat penting untuk mengetahui sesuatu skrip itu ditulis dalam platform UNIX atau tidak. Jika program anda ditulis dalam platform Windows, kemungkinan besar program gagal dilaksanakan apabila dijalankan dalam platform UNIX. Fail tersebut perlu ditukar (convert) ke dalam format yang difahami oleh sistem UNIX. Untuk menukar dari DOS ke UNIX, gunakan arahan dos2unix:

Arahan Perintah
$ dos2unix namafail

Tidak ada komentar:

Posting Komentar