Salah satu tip penjenamaan yang paling lazim yang boleh dilakukan untuk laman web anda adalah dengan mencipta laman peminat Facebook. Di sini saya akan kongsikan tutorial yang lengkap bagaimana untuk mencipta laman peminat Facebook (Fanpage) untuk laman web atau blog. Sekiranya anda tidak pasti mengapa anda perlu mencipta laman peminat Facebook sendiri, sila baca seterusnya kerana ia akan mengubah persepsi anda tentang Facebook.
Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang paling popular dengan 850 juta pengguna. Dengan membina laman peminat Facebook (
fanpage), anda telah membantu pembaca, pengunjung, dan pelanggan anda berhubung secara terus dengan anda. Bergantung kepada kemahiran sosial media yang anda miliki, anda boleh libatkan peminat Facebook anda ke dalam perbualan dalam talian untuk menjadikan jenama anda lebih menonjol. Sebenarnya, banyak syarikat-syarikat besar telah menggunakan medium Facebook sebagai saluran utama untuk memperkenalkan produk-produk baru mereka.
Facebook merupakan salah satu alat pemasaran dan penjenamaan yang paling efisen sekiranya anda menggunakannya dengan bijak. Sekiranya anda mengabaikan Facebook sebagai saluran pemasaran dan penjenamaan, anda sebenarnya telah kehilangan sejumlah besar pelanggan untuk perniagaan dalam talian.
Langkah-langkah Cara Membuat Laman Peminat Facebook
Seperti yang telah dinyatakan di atas, laman Facebook boleh membantu anda mengukuhkan penjenamaan, dan perhubungan antara anda dengan pelanggan dan pengunjung blog dan laman web anda.
Sila pilih jenis laman anda. layari
https://www.facebook.com/pages/create.php untuk mencipta laman Facebook dan pilih jenis perniagaan atau komuniti yang anda miliki. Dengan memilih kategori yang betul, akan membantu jenama laman web anda untuk mencapai sasaran pelanggan yang betul.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membina kelab peminat untuk laman web atau blog, sila pilih
Brand or Product dan pilih
Website dari pilihan
dropdown. Kemudian, masukkan nama untuk jenama anda. Tandakan pada "
I agree to Facebook Pages Terms" dan klik butang
Get Started.
Seterusnya, adalah langkah untuk menambah gambar profil untuk laman peminat anda. Saya cadangkan, gunakan foto atau gambar rasmi atau logo syarikat anda untuk profil hadapan. Saiz maksimum untuk gambar profil Faceboook adalah 180x540 piksel. Klik butang
Upload an Image untuk memuat naik gambar atau foto dari komputer anda.
Sebaik sahaja anda memuat naik gambar ke laman profil Facebook yang baru diwujudkan, klik butang
Continue. Facebook memberikan anda pilihan untuk menjemput rakan-rakan anda untuk mengunjungi laman peminat anda. Anda boleh melangkau langkah ini buat masa ini dan menggunakan ciri ini kemudian. Sila klik butang
Skip
Pada halaman seterusnya anda akan diminta untuk memasukkan butiran mengenai laman web atau blog anda. Sila masukkan alamat
URL laman web anda di ruangan
Website dan keterangan web anda di ruangan
Description. Klik butang
Continue.
Setelah selesai, anda akan mempunyai laman seperti ini (di bawah) dan anda boleh menekan butang
Like dan mencadangkan orang ramai untuk turut serta dalam perbincangaan laman Facebook anda.
